Penaklukan oleh Muslim, 634-718 M Perang Arab-Byzantine

Wilayah Syam semasa permulaan pengembangan Arab.
  •      Pengembangan di bawah Muhammad, 622-632
  •      Pengembangan semasa Khulafa al-Rasyidin, 632-661
  •      Pengembangan semasa khilafah Umayyah, 661-750
  • Mengikut penulis-penulis biografi Muslim, Nabi Muhammad memimpin sepasukan tentera Muslim ke Tabuk di barat laut Semenanjung Arab selepas baginda menerima perisikan bahawa tentera Byzantine telah berkumpul utarasemenanjung itu, dengan harapan untuk menyerang Byzantine sebelum mereka bersedia. Namun, berita itu tidak tepat dan pertempuran yang menyusul tidak merupai pertempuran biasa.

    Oleh sebab kedua-dua angkatan perang itu tidak bertemu dan tiada pula sumber Byzantine berkaitan dengan pertempuran berikut, beberapa sarjana Barat menyoal kesahihan pertempuran tersebut,[8][9] mahupun ia diterima sebagai kejadian oleh orang Arab dan Muslim. Mengikut Safiul Rahman Mubarakpuri, terdapat banyak Ayat dalam Surah al-Taubah (Surah 9) Al-Quran berkait dengan Pertempuran Tabuk.[10] Sarjana Islam, Ibnu Kathir menulis dalam Tafsirnya bahawa Ayat-ayat 9:42-48, 9:49,[11][12] 9:81,[13][14] dan 9:29 al-Quran kesemuanya berkaitan dengan Pertempuran Tabuk ataupun diturunkan semasa pertempuran Tabuk.[11][15]

    Walau bagaimanapun, ada yang berkata bahawa dalam sebuah sumber Byzantine, terdapat satu rujukan kepada Pertempuran Mu'tah yang secara tradisinya dikatakan berlaku pada tahun 629 M, akan tetapi kepersisannya tidak dapat dipastikan.[16] Pertempuran-pertempuran awal mungkin bermula sebagai pergeseran antara negeri-negeri ufti Arab empayar-empayar Byzantine dan Sasan: yakni pihak Ghasan dan Lakhmid dari Al-Hirah. Walau apapun, selepas tahun 634 M memang pihak Muslim melancarkan serangan terhadap kedua-dua empayar yang berakhir dengan penaklukan Levant, Mesir Romawi dan Parsi untuk Islam. Jeneral-jeneral yang paling berjaya Islam adalah Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-As.

    Rujukan

    WikiPedia: Perang Arab-Byzantine http://www.britannica.com/eb/article-9036664 http://books.google.com/?id=-R0G0Enf58AC&dq=Haldon... http://books.google.com/?id=1U4rUaLdYnQC&dq=Howard... http://books.google.com/?id=1nvvDMWN-iEC&dq=Heracl... http://books.google.com/?id=2GD6og3c15IC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=IR9rNAai2koC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=Qf8mrHjfZRoC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=XdFqgSBTYeYC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=jrVW9W9eiYMC&dq=Cyprus... http://books.google.com/?id=nYbnr5XVbzUC&dq=Gregor...